Bajet 2023 pada 7 Oktober depan kekal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.<br /><br />Perkara itu sekali gus menafikan tanda-tanya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Bajet 2023 di Parlimen.<br /><br />Pengesahan itu dibuat secara ringkas oleh Ismail Sabri ketika bertemu dengan ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di ibu negara pada Sabtu.